Thursday, September 27, 2012

Warga Singapura Tidak Pakai Kondom di Batam


Kira-kira 60 peratus pekerja seks di Batam mempunyai pelanggan rakyat Singapura dan hanya satu antara empat pelanggan ini biasanya menggunakan kondom.


Ini antara penemuan penting dalam kajian terbaru oleh kumpulan kebajikan pendatang, Organisasi Kemanusiaan untuk Ekonomi Penghijrahan (Home) dan pertubuhan bukan kerajaan di Batam.

Presiden Home, Briget Tan berkata, sebab utama kajian ini dibuat adalah untuk melihat kepada amalan seks selamat oleh pekerja seks di Batam dan bagaimana data itu dapat menerangkan bagaimana virus kurang daya tahan penyakit (HIV) boleh merebak merentas sempadan ke Singapura.

“Ia bukan berita baru mengenai rakyat Singapura yang pergi ke Batam untuk seks, tetapi sekarang kami tahu tahap serius masalah ini mengenai potensi masalah HIV melibatkan rakyat Singapura,” katanya.

-Straits Times

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon