Thursday, September 27, 2012

Wanita Dibogel Kerana Mencuri


Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China.


Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis “saya pencuri” dalam karakter Cina dengan menggunakan marker di belakang badannya.


Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China. Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal.

Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk mengelak dibogel. Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut.

Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen dari pengguna internet seluruh dunia.

-Malaysiasensasi

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon