Sunday, September 30, 2012

Usia Baru 10 Tahun Sudah Bercerai


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun telah dipaksa kahwin oleh bapanya. Kejadian ini berlaku di wilayah Khardji, perkampungan Yaman. Desakan hidup memaksa bapa kanak-kanak ini bersetuju mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua.

Nujood (tudung hitam) bersama salah seorang kakaknya

Bukan dia sahaja yang dipaksa berkahwin diusia muda, kakaknya juga menerima nasib yang sama (berumur 13 tahun). Selain kesempitan hidup, bapanya memberi alasan dapat menghindar kejadian rogol. Dengan kontrak perkahwinan, lelaki berkenaan bersetuju untuk tidak menyentuh kanak-kanak perempuan itu sehingga cukup umur.

Dengan mas kahwin sebanyak 150,000 rial, majlis perkahwinan dijalankan. Nujood yang tidak mengerti apa-apa tentang perkahwinan, pasrah dengan kehendak bapanya. Suami beliau melanggar janji, Nujood diperlakukan seperti mana pasangan suami isteri yang lain, walhal beliau masih belum memahami apa itu hubungan suami isteri. Jika beliau melawan buruk padahnya.

Dia bukan sahaja dipukul dengan tangan, malah juga dengan kayu. Ibu mertuanya juga turut sama memukul beliau jika Nujood enggan mendengar kata. Apalah diharapkan dengan kanak-kanak 10 tahun.

Tidak tahan dengan deraan dan seksaan oleh suaminya, beliau nekad melarikan diri. Dibantu oleh ibu kandung dan ibu tirinya, Nujood akhirnya sampai ke mahkamah untuk memfailkan penceraiannya. Peguamnya kes ini berjanji akan memastikan 'suami' beliau tidak akan mencederakannya lagi.

-Anak-ketam.blogspot.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon