Sunday, September 30, 2012

Robot Seks Sebagai Ganti Pelacur?


Para ahli dari Victoria University, New Zealand, kini sedang mengembangkan robot seks berasaskan Android yang dijanjikan akan memenuhi bandar Amsterdam pada tahun 2050 nanti.

Ilustrasi robot seks.

Robot seks ini memang bukan pertama kalinya diperkenalkan kepada masyarakat, namun para ahli tersebut menyatakan bahawa apa yang mereka ciptakan kali ini berbeza dan ianya 'lebih bersih'.

Di dalam laporan yang berjudul Robots, Men and Sex Tourism, dua orang dalam kajian robot seks masa depan ini, Profesor Ian Yeoman, seorang ahli yang tertarik di bidang pelancongan, dan Michelle Mars yang seorang seksologi juga menyebutkan bahawa robot seks ini sebenarnya bertujuan menghilangkan perdagangan manusia untuk pelacuran yang selama ini merebak di bahagian Eropah Timur dan sekitarnya. Mereka berjanji robot seks yang mereka ciptakan menawarkan kecantikan sempurna yang mirip manusia kerana memiliki hubungan emosional dengan pelanggan yang memilihnya.

Sebagaimana berita ini dipetik dari CNET (21/04), memang belum jelas bagaimana bentuk, saiz, warna rambut dari robot seks yang akan diciptakan ini. Namun harian New Zealand 's Dominion Post sendiri sempat melaporkan bahawa robot seks wanita (dan mungkin juga lelaki) berasaskan Android ini diperbuat dari serat anti bakteria dan boleh mengerti perasaan dari orang yang memilihnya.

"Di Bunny Ranch, kami berkata 'ini bukan hanya seks, tetapi petualangan' dan sebenarnya itu memang biasanya tentang petualangan saja dan bukan seks," tutur Dennis Hof, pemilik pelacuran Moonlite Bunny Ranch menyokong penuh tentang pembuatan robot ini.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon