Thursday, September 27, 2012

Perogol Termuda di Britain


Seorang budak hanya mampu mengesat air mata selepas hakim mengarahkan dia dipenjara empat tahun atas kesalahan merogol dua kanak-kanak perempuan tahun lalu.


Tertuduh, 12, adalah pesalah termuda di Britain disabitkan dengan kesalahan rogol.

Dia didakwa menyerang mangsa pertama ketika itu berusia 10 tahun selepas memulakan permainan sorok-sorok di sebuah taman di Bolton, Manchester.

Mahkamah diberitahu, tertuduh menolak mangsa ke tembok dan cuba melondehkan seluar dalam budak perempuan terbabit.

Dalam kejadian berasingan, budak perempuan sama diperdaya di kawasan belukar sebelum dirogol.

Pendakwa berkata, budak lelaki itu cuba mencari mangsa lain ketika seorang budak perempuan leka bermain bola sepak.

Katanya, tertuduh memujuk mangsa ke sebuah ‘pejabat’ yang terletak di belakang sandaran papan di tepi sebuah rumah.

“Di situ budak lelaki terbabit mengarahkan mangsa melakukan seks oral sebelum dirogol,” katanya. Tertuduh menafikan tuduhan rogol dan serangan seks ketika pendakwaan dibuat di Mahkamah Liverpool.

Hakim, Mark Brown, berkata mangsa tidak mengizinkan dirinya diperlakukan sebegitu dan mereka mengalami pengalaman pahit kerananya. “Maruah mereka dicabul dan terpaksa pula menghadapi kesan psikologi.

“Ia juga memberi kesan kepada ibu bapa mangsa,” katanya.

–TS

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon