Thursday, September 27, 2012

Pelanggan Tak Sempat Urut Batin


Lima wanita asing disyaki tukang urut yang sedang menanti kehadiran pelanggan di sebuah premis di sekitar bandaraya ini tergamam dan tidak sempat melarikan diri apabila ‘dikunjungi’ pihak berkuasa, kelmarin.

Wanita asing yang ditahan dalam operasi itu.

Difahamkan, semua wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 30-an itu menjalankan kegiatan berkenaan secara tidak sah dengan menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka.

Serbuan khas itu dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka diketuai Inspektor Salim Ahmad, kira-kira jam 3.45 petang.

Ketika serbuan, seorang wanita tempatan dipercayai penjaga premis turut berada di bangunan berkenaan.

-Hmetro.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon