Wednesday, September 26, 2012

Tanpa Seurat Benang


Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dengan tanpa seurat benang pun di badannya.

Tanpa Seurat Benang

Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata, "Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"

"Yang kau telanjang tu kenapa?" marah si nenek.

"Ini la baju cinta saya," balas si cucu.

"Baju cinta?" si nenek kehairanan.

"Ya, suami saya menyukainya, saya juga sangat suka 'memakainya'.

"Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana nanti suami saya akan malu melihat saya memakai baju cinta ini di hadapan nenek," pinta si cucu perempuan.


Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan suami.

Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucunya itu, dia akan dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak sewangi-wanginya.

Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pun mengetuk pintu.

Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu.

"Kenapa awak ni? Dah buang tebiat ke?" tanya si atok.

"Ini lah baju cinta saya bang," kata si nenek.

"Baju cinta? Kalau iya pun, seterika la dulu baju tu! Banyak sangat kedutnya."

Kah. Kah.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon