Wednesday, September 26, 2012

Kemaluan Isteri Dibakar Kerana Curang


Wanita ini dikatakan telah berlaku curang kepada suaminya dan telah tertangkap. Dan lebih malang, kemaluannya telah dibakar oleh suaminya yang sedang marah, namun tidak dapat dipastikan adakah wanita ini masih hidup selepas kejadian.

Isteri curang
Gambar hiasan.

Kenapa perempuan curang? Jawapannya, keadaan perempuan curang dan lelaki curang sebenarnya hampir sama saja.

Almaklumlah dulu sebelum berkahwin kehidupannya berlainan dan selepas kahwin pula faktor tanggungjawab membuatkan hidup terasa lebih susah. Maka apabila ada yang datang dengan alasan tumpang simpati, ingin mencurah kasih dan sebagainya manalah hati yang sedang terasa sedih tu tak cair.

Hakikatnya tidak semua wanita itu akan curang! No! Wanita yang ada rasa takut pada Allah SWT pasti tidak akan berani-berani meletakkan diri mereka di tempat ini.

Kemaluan Isteri Dibakar Kerana Curang
Kemaluan isteri dibakar kerana curang.

Selalunya wanita yang akan terpesong ke arah ini adalah dikalangan mereka yang lemah iman dan juga disebabkan oleh sikap pasangan mereka sendiri yang tidak tahu menghargai dan menyayangi.

Sebab itulah bila ada lelaki lain datang dekat dengan ayat manis dan lafaz janji konon nak sayang sepenuh hati maka si wanita akan terus jadi lupa diri.

Lupa diri bahawa sebenarnya diri itu adalah isteri orang malah mungkin ibu pada anak-anak. Lupa diri juga bahawa tindakan itu adalah sangat dilaknat oleh Allah SWT.

Tanda Isteri Sedang Curang

1 – Sudah Tidak Semesra Dulu Lagi

Jika dulu isteri kelihatan mesra, manja, mudah digauli tetapi jika beliau ada agenda lain di luar maka besar kemungkinan si isteri sudah tidak akan semesra dulu lagi.

2 – Lebih Gemar Menjauhkan Diri

Isteri juga akan lebih gemar menjauhkan diri dengan cara berseorangan di dalam bilik, membuat apa yang disukainya secara bersendiri malah besar kemungkinan beliau juga sudah kurang untuk duduk bersama menonton TV di ruang tamu bersama pasangan seperti dulu lagi.

3 – Tingkahlaku Berubah Secara Drastik Dengan Tiba-Tiba

Jika dulu si isteri bagus dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap rumahtangga, tidak mustahil kini beliau sudah tidak kelihatan ikhlas dalam melaksanakannya.

Tidak hanya itu, tingkahlaku isteri juga boleh berubah dari lemah lembut kepada kasar dan dari ciri penuh keibuan kepada sikap seorang yang degil.

4 – Suka Memberi Pelbagai Alasan

Apabila di tanya itu dan ini, pastinya akan ada pelbagai alasan yang diberikan. Jika di tanya kenapa pulang kerja lewat maka alasannya kerja lebih masa.

Jika di tanya hujung minggu nak ke mana maka akan di jawabnya pula ada pertukaran jadual kerja atau mungkin apa saja alasan untuk melepaskan diri. Satu soalan yang di tanya, sepuluh jawapan alasan akan keluar dari mulutnya.

5 – Tidak Pernah Berenggang Dari Telefon Bimbitnya

Ini adalah petunjuk terbesar! Tak kira waktu telefon bimbit sentiasa ada bersamanya. Berada di dalam rumah tetapi handphone sentiasa di dalam poket atau di tangan.

Handphone juga sudah di tukar setting kepada 'silent' sepenuhnya. Awas! Pasti ada sesuatu yang sedang disembunyikan.

Tidak perlu keluar jumpa, isteri mungkin juga sedang curang dengan menggunakan Facebook, Whatsapp dan sebagainya!
6 – Menjawab Panggilan Secara Berbisik

Jika ada panggilan masuk, isteri akan menjawabnya dalam keadaan berbisik. Isteri juga akan cepat-cepat mematikan perbualan atau melarikan diri ke dalam bilik atau sebagainya demi untuk menjawab panggilan tersebut.

7 – Sentiasa Kelihatan Resah Dan Gelisah

Sikit-sikit pandang handphone. Sikit-sikit buka whatsapp. Resah semacam dah seperti kucing baru lepas hilang anak! Duduk di dalam rumah dah seperti duduk di atas bara. Resah gelisah semacam.

8 – Tidak Ingin Keluar Bersama Seperti Dulu

Jika dulu suami boleh ajak si isteri ini keluar bersama pergi tonton wayang atau sebagainya tetapi kini isteri sudah tidak berminat lagi.

Masa yang ingin suami luangkan bersama isteri sudah tidak kelihatan seronok lagi pada isteri. Silap haribulan isteri terlebih dulu sudah tonton wayang tersebut bersama kekasih gelapnya. Oh tuhan!

9 – Sengaja Membesarkan Masalah Yang Kecil

Masalah yang kecil dengan sengaja diperbesarkan. Ini seolah-olah sengaja mahu membuatkan anda nampak 'jahat' sedangkan pergaduhan itu bukanlah disebabkan satu isu yang besar mana.

Perkara boleh selesai tetapi sudah menjadi satu situasi yang tegang. Besar kemungkinan juga dia yang terlebih dulu memulakan segalanya.

10 – Tersasul Menyebut Nama Panggilan Yang Lain

Jika selalunya beliau panggil anda dengan panggilan 'awak' atau 'abang', tetapi kali ini dengan tiba-tiba beliau terpanggil awak dengan panggilan 'sayang'.

Awas! Ini boleh menunjukkan yang beliau sudah terbiasa dengan panggilan itu terhadap seseorang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bidadari

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon