Tuesday, September 25, 2012

Chef Bunuh dan Masak Mayat Isteri!


Seorang chef mengaku telah membunuh sebelum merebus mayat isterinya secara perlahan-lahan selama empat hari sebelum menyembunyikan tulang wanita itu di kediaman ibunya, pada tahun 2009 yang lalu.

David Viens kill wife

David Viens memberikan kenyataannya itu semasa dirawat di hospital pada Mac 2011 selepas terjatuh ke dalam curam sejauh 24.4 meter di Rancho Palos Verdes, apabila menyedari namanya disenaraikan sebagai suspek utama kes kehilangan isterinya, Dawn Viens.

David Viens hadir pada perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi Los Angeles, sambil berkerusi roda memberitahu dia telah memasukkan mayat isterinya ke dalam tong yang diisi 55 gelen air mendidih, sebelum menenggelamkan mangsa dengan pemberat dan menyebatikan daging mangsa dengan bahan buangan lain sebelum menghapuskannya.

Di atas beberapa sebab, secara tiba-tiba saya menjadi ganas, katanya kepada pegawai penyiasat Richard Garcia.

Dia mendakwa isterinya pernah melarikan diri ke kawasan pergunungan 16 bulan sebelum itu kerana enggan memasuki pusat pemulihan dadah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon