Thursday, September 27, 2012

Gadis Pengsan Hisap Rokok Berisi Dadah


Seorang gadis sunti dipaksa menghisap sebatang rokok yang dipercayai mengandungi dadah sebelum pengsan dan dirogol seorang lelaki berusia 20 tahun yang juga abang angkatnya di sebuah flat di Pantai Dalam, di sini, tahun lalu.

Mangsa berusia 12 tahun itu diugut supaya merahsiakan kejadian itu. Disebabkan takut, mangsa mendiamkan diri menyebabkan dia terus dinodai suspek dan dipercayai dirogol lebih lima kali dalam tempoh hampir dua bulan lalu.

Tidak tahan dengan kejadian itu, mangsa mengadu kepada sepupu suspek berusia awal 20-an namun aduannya itu sia-sia apabila lelaki terbabit pula merogolnya.

Bagi mengakhiri penderitaannya, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon