Wednesday, September 26, 2012

Cinta Terlarang Nenek Dengan Cucunya


Pearl Carter, 72 tahun bercinta dengan cucunya sendiri, Phil Bailey, 26 tahun dan kini sedang menunggu kelahiran anak mereka yang dikandung oleh seorang wanita lain kerana Pearl sudah menopause.

Cinta Terlarang Nenek Dengan Cucu

Wanita yang bernama Roxanne Campbell, 30 tahun itu diberi bayaran sebanyak £20,000 menggunakan wang pencen Pearl.

Phil merupakan anak dari anak perempuan Pearl, Lynette Bailey yang dilahirkan Pearl ketika berusia 18 tahun dan diserahkan kepada keluarga angkat.

Roxanne Campbell
Roxanne Campbell, wanita yang dibayar untuk menjadi ibu tumpang pasangan ini.

Lynette menjaga Phil sebagai seorang ibu tunggal dan setelah Lynatte meninggal dunia akibat kanser otak, Phil mencari neneknya iaitu Pearl dan kemudian mereka jatuh cinta dan menjalin hubungan intim.

Dua beradik berebut 'tiduri' ayah sendiri!

Travis Fieldgrove
Travis Fieldgrove (kanan) dan anaknya Samantha Kershner.

Sementara itu, di Nebraska, Amerika Syarikat, perebutan dua beradik perempuan untuk meniduri lelaki yang seharusnya menjadi ketua dalam keluarga telah menggemparkan masyarakat.

Apa tidaknya apabila lelaki yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah ayah mereka sendiri, Travis Fieldgrove, 39, lapor portal astroawani.

Apabila salah seorang anak perempuannya Samantha Kershner, 21, menang pertaruhan itu, pasangan berkenaan terus menjalinkan hubungan tidak sewajarnya hingga membawa kepada 'perkahwinan' mereka pada Oktober tahun 2018 lepas.

Namun hubungan terlarang dua beranak ini dapat dihidu pihak berkuasa dan mereka kemudian ditahan dan didakwa di Nebraska.

Samantha kali pertama bertemu Travis ketika berusia 17 tahun selepas diperkenalkan ibunya.

Travis, biarpun mengetahui Samantha ialah anak kandungnya, tetap meneruskan hubungan itu, malah menafikan wanita itu ialah zuriatnya sendiri di media sosial.

Dunia akhir zaman!

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon