Thursday, September 27, 2012

Bomoh Nikah Batin Perdaya Wanita


Seorang lelaki yang disyaki mengamalkan kegiatan nikah batin dan memperdayakan wanita untuk tujuan seks dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, dekat sini hari ini atas tuduhan merogol seorang wanita pada hujung bulan lalu.


Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Sombhah didakwa merogol wanita berusia 50 tahun itu di sebuah rumah di Kampung LBJ, dekat sini antara pukul 3 petang dan 3.30 petang, 28 Ogos lalu.

Sebelum ini, lelaki terbabit memperdaya pesakitnya yang terdiri daripada wanita untuk melakukan hubungan seks dengan alasan perubatan.

Sebelum melakukan hubungan seks dengan pesakitnya, lelaki itu didakwa turut mengadakan upacara nikah batin dengan wanita berkenaan.

-Hmetro

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon