Thursday, September 27, 2012

Bertemu Jodoh Selepas Besarkan Payudara


Seorang nenek berjaya mencari cinta bersama seorang pemuda yang usianya 38 tahun lebih muda selepas menjalani pembedahan pembesaran payudara. Joan Lloyd yang kini berusia 66 tahun tersebut melakukan pembedahan implan payudara pada November 2010 selepas kematian suaminya.


Proses mengubah payudaranya yang berukuran cup A menjadi F yang menelan kos sebanyak Rm20 ribu. Setelah memiliki payudara baru, dia kemudiannya bertemu dengan Phil Absolom, 28 tahun di Facebook dan menjalin hubungan asmara. Mereka kini tinggal bersama di rumah mendiang suaminya.


Phil mengaku bahawa dia tidak percaya apabila mengajak Joan dating kerana dia begitu seksi. Namun dia memberanikan diri dan bersaing dengan 600 lelaki lain di Facebook, menurut dilaporkan oleh Dailymail.

Setelah tiga minggu berkenalan, Joan memberanikan diri bertemu dengan Phil. Mereka berdua terus tertarik antara satu sama lain. Kini pasangan tersebut sedang mabuk asmara dan kerap menghabiskan masa bersama.

Phil sendiri banyak mendapat kritikan pedas dari orang-orang di sekelilingnya, namun dia tidak mengendahkannya.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon