Friday, September 28, 2012

Akibat Terima 'Duit Lendir' Hasil Pelacuran


Akibat menerima 'duit lendir' hasil pelacuran, seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen.

Chee Keng
Chee Keng.

Berdasarkan pertuduhan, Chee Keng, didapati menerima wang hasil persundalan seorang warganegara Vietnam dan dua warganegara China berjumlah RM470 di kaunter spa sebuah hotel di Jalan Bendahara, kira-kira jam 12.10 tengah malam pada 14 Mac 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372(A) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana mempunyai isteri dan empat anak.

“Saya juga menghidap sakit jantung dan darah tinggi. Saya tidak dapat kerja lain dan sebab itu (saya) buat kerja ini,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Safri Mohammed Na’aim memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya terhadap tertuduh yang menggalakkan aktiviti pelacuran di negara ini.

“Selain boleh memberi imej buruk kepada negara, ia juga merosakkan sosial terutama remaja,” katanya.

BACA INI JUGA: Gambar Selebriti Yang Dibayar RM30k Semalam Untuk Layan VVIP?

Sumber: SH

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon